MyJ Advanced Seminar & Diamond Night

Photobucket

TAHNIAH!!!

Jamuan Aidilfitri di Rumah Administrator Blog MyJ Perak




MPP di Taiping (26.09.09)

MyJ project Presentation (MPP) di Taiping

Setelah hampir sebulan tidak mengadakan MPP, MyJ Perak telah mengadakan satu MPP di Bilik Taklimat Restoran Asam Pedas Kamunting, Taiping. Sambutan yang diterima di Taiping begitu meriah. Ramai prospek-prospek baru yang hadir bagi mendengar pembentangan projek daripada CDM ID Azalan Shah. Rancangan MyJ Perak untuk terus membuka langkah membina MyJ di daerah Taiping.





Liputan Media - Sinar Harian 23 Sept. 2009

Sasar 300 usahawan CDM akhir tahun

Klik link di bawah untuk ke laman Sinar Harian Online

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story4977170.asp


Hai-O Marketing Sdn Bhd, menjangkakan seramai 300 usahawan mendapat pangkat tertinggi ‘Crown Diamond Manager’ menjelang akhir tahun.

Pengarahnya, Ismail Abdul Halim berkata, ini berikutan bilangan usahawan CDM semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Menurutnya, dijangkakan lebih 100 usahawan jutawan CDM baru pada tahun ini, berbanding 81 orang pada tahun lalu.

“Untuk bulan lepas (Ogos) sahaja, bilangan usahawan jutawan CDM kami sudah pun mencatatkan lebih kurang 80 orang.

“Justeru, kami percaya sasaran itu dapat dicapai menerusi perkembangan perniagaan Hai-O Marketing yang memberangsangkan,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa di Petaling Jaya.

Sehingga kini, syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) itu mempunyai lebih 100,000 usahawan di seluruh negara.

Baru-baru ini syarikat induknya, Hai-O Enterprise Bhd mendapat pengiktirafan antarabangsa, disenaraikan sebagai ‘Terbaik Kurang Satu Bilion’ oleh Forbes Asia.

Ismail berkata, anugerah itu diterima bagi tahun ketiga berturut-turut dan dilihat sebagai penghargaan kepada syarikat.

Menurutnya, kelembapan ekonomi tidak menyekat perkembangan MLM, namun sebaliknya dijadikan sumber pendapatan kepada masyarakat.

“Keutamaan kami adalah menawarkan produk untuk keperluan dan terbukti berkualiti dan berkesan, malah harganya juga amat kompetitif,” katanya.

Hai-O Enterprise dipilih daripada lebih 25,000 syarikat senaraian awam yang mencatatkan jualan kurang dari AS$1 bilion.

Dalam perkembangan lain, Hai-O Marketing kini sudah menembusi pasaran Indonesia dengan menubuhkan cawangan di Jakarta.

“Sama ada Malaysia atau Indonesia, momentum perniagaan adalah berbeza, namun kami menjangkakan perniagaan kekal kukuh tahun depan,” kata Ismail.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Hai-O Marketing melalui Yayasan Hai-O menyumbangkan 20 unit penapis air berteknologi tinggi Bio Aura.

Sumbangan bernilai RM40,600 itu diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

Beraya di rumah Pejuang-Pejuang MyJ Perak

Alhamdulillah hari lebaran pada kali ini lebih bermakna kepada team MyJ Perak. Peluang beraya bersama-sama pejuang-pejuang MyJ Perak menjadikan raya kali ini lebih meriah. Team MyJ Perak telah berkunjung ke rumah Ustaz Zamri (salah seorang pejuang MyJ di Lenggong) dan seterusnya ke rumah Shikin. CDM ID Azalan Shah dan bersama-sama pejuang-pejuang MyJ yang lain meneruskan beraya di rumah bakal-bakal CDM yang lain di Perak sehinga ke Taiping.

Beraya di rumah bakal CDM Shikin



Beraya di umah bakal CDM Ustaz Zamri


Selamat Hari Raya AidilFitri

Kad raya

MyJ Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin.. Setelah sebulan umat Islam berpuasa, kini tiba masa untuk merayakannnya. Dengan kecekalan hati yang tebal, MyJ Perak terus menerus menguasi segenap pelusuk Negeri Perak. Kepada pejuang-pejuang MyJ Perak - Tahniah atas usaha gigih anda selama ini. Dengan keberkatan bulan yang Mulia ini, marilah kita berganding bahu bersama membawa MyJ Perak ke puncak kejayaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pejuang MyJ di seluruh Malaysia dan kepada Ikon MyJ Project Malaysia (CDM Suhaili & CDM Sazali).

Hai-O Marketing Jangka Pendapatan Berkembang 10 Peratus Bagi 2010

Liputan Bernama

Klik link di bawah untuk ke laman Bernama:

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=438867


KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat pemasaran pelbagai peringkat, Hai-O Marketing Sdn Bhd, menjangka pendapatannya meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2010, dipacu daripada aktiviti promosi dan iklannya yang agresif.

Pengarah Urusannya Ng Lip Yong berkata sejak Mac, syarikat itu menjalankan kempen promosi yang giat melibatkan iklan televisyen serta menukar rupa bentuk 30 papan tanda besarnya.

"Kami menampilkan lebih banyak papan tanda besar dengan rupa bentuk lebih moden di sepanjang lebuh raya dan di lokasi strategik, jadi semua orang akan tahu mengenai Hai-O.

"Moral tinggi dalam syarikat sekarang, dan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada pengedar kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Syarikat itu mencatatkan pendapatan RM350 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 April, 2009, pertumbuhan lebih 20 peratus daripada RM280 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Syarikat itu telahpun mencapai sasaran 100,000 anggota tahun ini.

Menurut Ng, Hai-O berharap dapat menambah sekurang-kurangnya 3,000 anggota aktif baharu sebulan sebelum akhir tahun ini.

"Apabila ekonomi kurang baik, itulah masanya biasanya ramai orang mencari pendapatan tambahan. Saya rasa ekonomi Malaysia sedang berada di fasa pemulihan, yang menjadikan situasi malahan bertambah baik sekarang," katanya.

Ng mendedahkan bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan baharu, syarikat itu menawarkan beberapa skim insentif kepada pengedarnya yang berjaya mencapai sasaran khusus.

Baru-baru ini, syarikat itu membelanjakan RM2.4 juta untuk menghantar 426 pengedar mengerjakan Umrah di bawah skim tersebut. Ini juga merupakan kumpulan terbesar di bawah skim ini. Syarikat itu mengadakan program insentif yang sama pada 2004 dan 2007 tetapi melibatkan hanya kumpulan yang kecil.

Hai-O Marketing, yang baru-baru ini melebarkan sayapnya ke Indonesia, menyasar antara satu hingga dua tahun sebelum operasi di sana boleh mula memberi sumbangan kepada pendapatan syarikat.

"Kami akan akan menyediakan penajaan antarabangsa bagi Indonesia. Ini bermakna pengedar Malaysia boleh menaja pengedar bawahan di Indonesia. Ini merupakan langkah pertama bagi kami dalam mengembangkan operasi di luar negara.

"Kami telah mula menerima permohonan daripada mereka yang berminat menjadi anggota di Indonesia," katanya.

Pejabat di Indonesia mula beroperasi bulan lepas.

Ng berkata syarikat itu menjangka mempunyai 5,000 hingga 10,000 anggota baharu di Indonesia dalam tahun pertama operasinya.

Bagi operasi awal di sana, Hai-O membelanjakan AS$1 juta.

"Indonesia merupakan pasaran yang menjadi sasaran ramai usahawan Malaysia dan banyak syarikat mencapai kejayaan di sana. Secara asasnya, anda perlu mempunyai produk, harga dan pelan pemasaran yang betul serta kepimpinan," katanya.

Antara produk Hai-O yang dijangka menjadi tarikan adalah penapis airnya, Bio Aura.

-- BERNAMA

Ramadhan Al Mubarak


MyJ Perak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan yang mulia ini. Bersama-samalah kita memajukan diri menambah pendapatan disamping mendapat keberkatan daripadaNya. InsyaAllah.

Pra Jelajah Taiping

Siri Pra Jelajah Taiping bermula dengan semua pejuang MyJ Perak berkumpul di Hotel Seri Malaysia. Siri Pra jelajah kali ini lebih memberi tumpuan kepada perjumpaan secara individu tetapi gerak kerja berkumpulan. Alhamdulillah Bulan Ramadhan bukanlah penghalang untuk MyJ Perak meneruskan gerak kerja malah semangat semakin bertambah pada bulan yang mulia ini. Dari sekitar bandar Taiping dan seterusnya ke Kamunting, MyJ Perak menjelajah. Memang menakjubkan sambutan yang diterima dari penduduk di Taiping amat positif. MyJ Perak akan merancang satu lagi jelajah ke Taiping dengan mengadakan Grand MPP.

BUAT JER..

KEJAYAAN MENANTI ANDA..

Fadhilat Ramadhan

RAMADAN adalah antara bulan yang mulia, kerana terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai muslim sejati di sisi Allah SWT seperti berlakunya perang Badr Kubra yang terjadi pada bulan Ramadan.

Ini membuktikan bahawa bulan Ramadan khususnya dari pelaksanaan ibadat puasa bukan penghalang untuk mencapai matlamat kejayaan dari apa yang dirancang oleh mereka yang mahukan kejayaan.

Ramadan juga memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk mendapatkan sebanyak mungkin koleksi pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Justeru, setiap kali menjelang Ramadan, amat malang jika kita tidak merebut peluang untuk menambahkan ketakwaan, kerana matlamat berpuasa adalah untuk menjadi golongan hamba yang bertakwa.

Apa sebenar definisi takwa? Perkara ini telah dihurai oleh Saidina Ali Bin Abi Talib k.w.j. Takwa itu ialah takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan al-Quran, reda dengan sedikit yang ada pada diri dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.

Motivasi Nabi menjelang Ramadan

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Kejayaan MyJ Perak 4 (Shuib & Siti)


Kejayaan MyJ Perak terus ke Kuala Kangsar di mana En. Shuib dan Pn. Siti telah melakar sejarah mencipta bersama MyJ Project. Walaupun masih baru menceburi MyJ Project tetapi dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi telah merubah hidup En. Shuib dan Pn. Siti. En. Shuib yang bertugas sebagai anggota Polis Trafik tidak teragak-agak membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Sokongan padu daripada isteri, Pn. Siti yang bertugas sebagai guru memudahkan kejayaan dapat dicapai dengan cepat. En. Shuib boleh dihubungi melalui talian 019-5789205

(Klik pada gambar untuk besarkan)

Kejayaan MyJ Perak 3 (Ustaz Halim)


Seorang lagi pejuang MyJ Perak yang telah berjaya dan terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi. Ustaz Halim giat dalam ke mana sahaja program yang dianjrkan oleh MyJ. Ustaz Halim merupakan seorang yang amat gigih di dalam gerak kerja yang dilakukan. Setiap kali MyJ Project Presentation (MPP) diadakan, Ustaz Halim tentukan hadir dalam menjayakan majlis. Bertapak di Sungai Siput, Ustaz Halim telah membuka rangkaian yang luas bersama pejuang-pejuang MyJ Perak yang lain. Ustaz Halim boleh dihubungi melalui talian 019-5732685
(Klik pada gambar untuk besarkan)

Kejayaan MyJ Perak 2 (Cikgu Zuriny)


Cikgu Zuriny merupakan seorang Guru yang masih baru di dalam MyJ Project. Atas kesungguhan yang tinggi, Cikgu Zuriny terus melangkah maju ke depan. Merupakan antara pejuang MyJ Perak yang telah BERJAYA menyertai rombongan Umrah di bawah tajaan Hai-O Marketing. Telah membuka jaringan di Manjung, Gerik, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh. Cikgu Zuriny menetap di Manjung dan boleh dihubungi melalui 017-5263389
(Klik pada gambar untuk besarkan)

Kejayaan MyJ Perak 1 (CDM ID & Sherry)


CDM ID Azalan Shah (Yob) merupakan seorang Pegawai Kastam bersama pasangan CDM Sharifah Hazlina (Kak Long) yang merupakan bekas Pegawai Bank. Pasangan ini memulakan perniagaan MyJ Project semasa di Johor dan kini telah menjadi peneraju MyJ Project Negeri Perak. CDM ID & Sherry merupakan anak jati Negeri Perak (CDM ID anak kelahiran Lenggong dan Sherry kelahiran Kuala Kangsar). Pasangan telah berjaya mengembangkan MyJ Project di setiap daerah di Negeri Perak.

(Klik pada gambar untuk besarkan)

MyJ Project di Taiping

Sopian menjadi pejuang terawal MyJ bertapak di Taiping. Merupakan seorang pengusaha kedai rangkaian telefon mudah alih. Satu lagi tapak telah MyJ tembusi di Perak. MyJ Perak akan menyusun langkah membina rangkaian di Taiping.

Sopian boleh dihubungi melalui :
No. h/p : 010-3737375 / 013-3629312
Fax : 05-8914688
Email : atankarim_9221@yahoo.com

Alamat : Impian Telecomunication Enterprise, No. 44, Tingkat Bawah, Jalan MKJ/1 Medan Kamunting Jaya, 34600 Kamunting Perak.



Liputan Akhbar - Melahir Usahawan Berjaya

Liputan dalam Sisipan Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2009

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive


MENJADIKAN syarikat multi-level, Hai-O Marketing sebagai platform perniagaan sekumpulan usahawan yang menamakan diri mereka sebagai My J Project berjaya membina nama yang tidak kurang gahnya.
Pada usia mencecah tiga tahun, mereka telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,000 usahawan bumiputera yang bukan sekadar mampu membina kejayaan dan kekayaan malah cenderung untuk membina kekuatan 'modal insan' berdaya saing.
Apa yang membanggakan daripada 3,000 orang itu sebanyak 14 usahawan terbabit telah mencapai pangkat tertinggi dalam Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager (CDM).
Kejayaan ini dicapai dalam jangka waktu pendek berikutan usaha gigih mereka melibatkan diri dalam perniagaan yang menjadikan penapis air, Bio Aura Nano Technology dan Premium Beatiful iaitu pakaian dalaman wanita, sebagai produk utama.
Pengasas My J Project yang telah bergelar CDM, Suhaili Yusof berkata, walaupun baru memasuki tahun ketiga penubuhannya banyak kejayaan yang telah dibuktikan.
"Alhamdulillah setakat ini kami berjaya melahirkan ramai usahawan dan mengubah taraf kehidupan mereka daripada sekadar cukup makan kepada kehidupan yang luar biasa iaitu memperoleh pendapatan cukup mewah.
"Ramai yang memiliki pendapatan melebihi lima hingga enam angka malah dan terdapat 14 usahawan yang bergelar jutawan," katanya.
Jelas Suhaili, beliau cukup berbangga kerana kumpulannya turut mampu mengubah pemikiran mereka, cara bekerja dan juga cara berkomunikasi.
"Dalam hal ini saya berharap menerusi perniagaan kami yang berlandaskan satu sistem latihan bersepadu iaitu My J Smart To Success System (S2S), akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan mampu memberi kesan kepada orang lain," kata ibu kepada tiga anak ini.
Jelas Suhaili, di samping berusaha untuk menjadi usahawan pihaknya turut tidak melupakan soal mengisi kerohanian dengan menganjurkan kelas-kelas agama dan sebagainya.
Untuk pakej pelancongan kali ini, My J Project telah bersama-sama menyertai pakej ibadah umrah yang dianjurkan oleh Hai-O Marketing Sdn. Bhd.
Hasilnya, pada Sabtu ini seramai 45 orang ahli My J Project akan mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari, bersama agensi pengembaraan Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd.
Sementara itu, mencungkil kejayaan beberapa ahli yang telah bergelar CDM rata-rata mereka mengakui ia adalah hasil keberkesanan strategi My J Smart To Success Sistem (S2S).
"Saya mula menceburi secara serius dunia MY J Project ini pada Mei 2007 dan mendapati ia mampu menghasilkan pendapatan lumayan.
"Berikutan itu saya bersama suami Id Azlan Shah Banyamin masing-masing meletakan jawatan sebagai pegawai bank dan pegawai kastam dan setelah enam bulan kami telah dinobatkan CDM," kata Sharifah Hazlina Syed Musa, 37.
Wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini berkata, daya tumpuan dan kesungguhannya menjalankan perniagaan telah berjaya membantu melahirkan lapan usahawan lain.
Berikutan itu, katanya, dalam tempoh setahun mulai bulan ini dia berhasrat untuk melahirkan 15 lagi usahawan bumiputera di sekitar Perak.
Begitu juga dengan Noraidah Mokhtar, 40, dari Johor Bahru yang mahu berkongsi kejayaannya dalam menerokai perniagaan bersama MY J Project.
Beliau mengenali kumpulan itu menerusi rakannya yang telah menceburkan diri dalam bidang tersebut sejak 2007.
"Berkat usaha gigih saya dan suami, kami berjaya mengubah kehidupan dan merancang untuk melahirkan sekurang-kurangnya tiga usahawan bergelar jutawan," katanya.
Noraidah memberitahu, misi dan visinya dalam kehidupan ialah mencari peluang di saat-saat tidak memerlukan.
"Ini bermakna kita mencari duit bukan semasa waktu terdesak, sebaliknya semasa kita santai atau di zon selesa," katanya.
Kamizi Harun, 38, dari Tanah Merah, Kelantan, berkata, bersama isterinya, Noraini Nasir, 38, mereka membuat pinjaman bank RM21,600 bagi mendapatkan modal permulaan dan dalam masa enam bulan pendapatannya telah meningkat dan berjaya melangsaikan hutang tersebut.
"Berbekalkan semangat hasil pendapatan yang pertama kami terus berjuang dan pada Oktober 2006 saya mengambil keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai kakitangan sebuah universiti tempatan," katanya.
Kamizi berkata, kejayaan yang diperolehi bukan sahaja dilihat dari segi wang ringgit, malah kehidupan keluarga termasuk tiga anaknya berubah menjadi lebih cemerlang.

Selamat Menunaikan Umrah


MyJ Perak Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan Umrah kepada pejuang-pejuang MyJ yang telah berjaya mengejar misi menunaikan Umrah secara percuma. MyJ Perak akan pastikan dengan kejayaan terus menerus MyJ Project ini akan terus menambah semangat pejuang-pejuang MyJ yang lain untuk terus maju ke hadapan. Alhamdulillah dalam kita sibuk membuat gerak kerja, ada peluang keemasan untuk kita rebut bersama bagi turut serta dalam menunaikan umrah. Memetik kata-kata CDM Suhaili Yosop - "REZEKI ALLAH TENTUKAN". Oleh itu dalam kita sibuk membuat gerak kerja janganlah kita lupa kepadaNya.

MPP - Jelajah Gerik

MyJ Perak telah membuat satu jelajah gempur ke Gerik. Aktiviti bermula dengan semua pejuang-pejuang MyJ berkumpul di Lenggong dan berkonvoi ke Gerik. Group MyJ Perak tiba di Rest House Gerik dan mendengar taklimat ringkas dari CDM ID Azalan Shah mengenai gerak kerja yang akan dilakukan. Pada sebelah malam, MyJ Project Presentation (MPP) telah diadakan di Dewan Persidangan Gerik.




Majlis Tahlil & Bacaan Yasin

Bertempat di kediaman ibu bapa CDM ID Azalan Shah Lenggong telah berlangsung Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin pada 1 Ogos 2009. Hadir bersama dalam majlis tersebut sebahagian para pejuang MyJ Perak. Majlis ini juga diadakan bagi memanjatkan kesyukuran CDM ID Azalan & pasangan (CDM Sherry) serta bakal CDM Zuriny kerana telah terpilih menyertai jemputan Umrah bersama rombongan MyJ Project pada 8 Ogos ini.



Liputan Akhbar - 40 usahawan MY J Project sertai umrah

Utusan Malaysia telah menyiarkan tentang kejayaan para pejuang MyJ yang telah berjaya mendapat insentif menunaikan Umrah seramai 40 orang Usahawan.

Berita di bawah atau layari :-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm


40 usahawan MY J Project sertai umrah

JOHOR BAHRU 30 Julai - Seramai 40 ahli MY J Project akan menyertai ibadah umrah anjuran Hai-O Marketing selama 12 hari mulai 8 Ogos ini.

Pengasas My J Project, Suhaili Yusof, 36, berkata, program itu sebagai insentif kepada para usahawan bumiputera yang sebahagian besar daripadanya telah bergelar jutawan.

Beliau yang sudah bergelar Crown Diamond Manager (CDM) berkata, sejak MY J Project ditubuhkan ia berjaya melahirkan seramai 6,000 usahawan bumiputera yang melibatkan diri dalam perniagaan Bio Aura dan Premium Beautiful iaitu pakaian dalam wanita yang merupakan produk Hai-O Marketing.

"Apa yang membanggakan kami, MY J Project yang memasuki tahun ketiga penubuhannya, 14 orang sudah bergelar jutawan.

"Jadi adalah menjadi harapan saya menerusi program dan aktiviti yang dilakukan oleh MY J Project termasuk ibadah umrah mampu menarik lebih ramai orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana ia menjanjikan masa depan yang cukup terjamin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, antara usahawan yang bertaraf jutawan ialah Kamizi Harun, Aidi Azalan Bayamin, Noriah Mokhtar, Nazdilia Nawang, Mohamad Jahib Kasmin, Daim Awang, Delailah Ithnin, Juraini Ishak, Hamzah Sidek dan Sazana Ghazali.

Suhaili berkata, kesemua mereka lazimnya memperoleh pendapatan bulanan tidak kurang RM50,000 bagi sepasang suami isteri, melayakkan mereka bergelar jutawan.

Suhaili yang melibatkan diri dalam perniagaan itu bersama suaminya, Sazali Mohamad, 37, yang juga bertaraf CDM berkata, program itu merupakan rombongan umrah kedua diadakan setelah yang pertama pada Ogos 2007.

Katanya, selain umrah Hai-O Marketing bersama agensi pelancongan terkemuka TH Travel and Services turut menganjurkan rombongan ke beberapa destinasi lain termasuk Paris (Perancis), Korea, Sydney dan Perth (Australia), Tokyo (Jepun) dan beberapa tempat menarik di China.
รบ