Sasar 300 usahawan CDM akhir tahun
Klik link di bawah untuk ke laman Sinar Harian Online
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story4977170.asp
Hai-O Marketing Sdn Bhd, menjangkakan seramai 300 usahawan mendapat pangkat tertinggi ‘Crown Diamond Manager’ menjelang akhir tahun.
Pengarahnya, Ismail Abdul Halim berkata, ini berikutan bilangan usahawan CDM semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Menurutnya, dijangkakan lebih 100 usahawan jutawan CDM baru pada tahun ini, berbanding 81 orang pada tahun lalu.
“Untuk bulan lepas (Ogos) sahaja, bilangan usahawan jutawan CDM kami sudah pun mencatatkan lebih kurang 80 orang.
“Justeru, kami percaya sasaran itu dapat dicapai menerusi perkembangan perniagaan Hai-O Marketing yang memberangsangkan,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa di Petaling Jaya.
Sehingga kini, syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) itu mempunyai lebih 100,000 usahawan di seluruh negara.
Baru-baru ini syarikat induknya, Hai-O Enterprise Bhd mendapat pengiktirafan antarabangsa, disenaraikan sebagai ‘Terbaik Kurang Satu Bilion’ oleh Forbes Asia.
Ismail berkata, anugerah itu diterima bagi tahun ketiga berturut-turut dan dilihat sebagai penghargaan kepada syarikat.
Menurutnya, kelembapan ekonomi tidak menyekat perkembangan MLM, namun sebaliknya dijadikan sumber pendapatan kepada masyarakat.
“Keutamaan kami adalah menawarkan produk untuk keperluan dan terbukti berkualiti dan berkesan, malah harganya juga amat kompetitif,” katanya.
Hai-O Enterprise dipilih daripada lebih 25,000 syarikat senaraian awam yang mencatatkan jualan kurang dari AS$1 bilion.
Dalam perkembangan lain, Hai-O Marketing kini sudah menembusi pasaran Indonesia dengan menubuhkan cawangan di Jakarta.
“Sama ada Malaysia atau Indonesia, momentum perniagaan adalah berbeza, namun kami menjangkakan perniagaan kekal kukuh tahun depan,” kata Ismail.
Majlis berkenaan turut menyaksikan Hai-O Marketing melalui Yayasan Hai-O menyumbangkan 20 unit penapis air berteknologi tinggi Bio Aura.
Sumbangan bernilai RM40,600 itu diserahkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
3 years ago
0 comments:
Post a Comment