Liputan Akhbar - Melahir Usahawan Berjaya

Liputan dalam Sisipan Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2009

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive


MENJADIKAN syarikat multi-level, Hai-O Marketing sebagai platform perniagaan sekumpulan usahawan yang menamakan diri mereka sebagai My J Project berjaya membina nama yang tidak kurang gahnya.
Pada usia mencecah tiga tahun, mereka telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,000 usahawan bumiputera yang bukan sekadar mampu membina kejayaan dan kekayaan malah cenderung untuk membina kekuatan 'modal insan' berdaya saing.
Apa yang membanggakan daripada 3,000 orang itu sebanyak 14 usahawan terbabit telah mencapai pangkat tertinggi dalam Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager (CDM).
Kejayaan ini dicapai dalam jangka waktu pendek berikutan usaha gigih mereka melibatkan diri dalam perniagaan yang menjadikan penapis air, Bio Aura Nano Technology dan Premium Beatiful iaitu pakaian dalaman wanita, sebagai produk utama.
Pengasas My J Project yang telah bergelar CDM, Suhaili Yusof berkata, walaupun baru memasuki tahun ketiga penubuhannya banyak kejayaan yang telah dibuktikan.
"Alhamdulillah setakat ini kami berjaya melahirkan ramai usahawan dan mengubah taraf kehidupan mereka daripada sekadar cukup makan kepada kehidupan yang luar biasa iaitu memperoleh pendapatan cukup mewah.
"Ramai yang memiliki pendapatan melebihi lima hingga enam angka malah dan terdapat 14 usahawan yang bergelar jutawan," katanya.
Jelas Suhaili, beliau cukup berbangga kerana kumpulannya turut mampu mengubah pemikiran mereka, cara bekerja dan juga cara berkomunikasi.
"Dalam hal ini saya berharap menerusi perniagaan kami yang berlandaskan satu sistem latihan bersepadu iaitu My J Smart To Success System (S2S), akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan mampu memberi kesan kepada orang lain," kata ibu kepada tiga anak ini.
Jelas Suhaili, di samping berusaha untuk menjadi usahawan pihaknya turut tidak melupakan soal mengisi kerohanian dengan menganjurkan kelas-kelas agama dan sebagainya.
Untuk pakej pelancongan kali ini, My J Project telah bersama-sama menyertai pakej ibadah umrah yang dianjurkan oleh Hai-O Marketing Sdn. Bhd.
Hasilnya, pada Sabtu ini seramai 45 orang ahli My J Project akan mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari, bersama agensi pengembaraan Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd.
Sementara itu, mencungkil kejayaan beberapa ahli yang telah bergelar CDM rata-rata mereka mengakui ia adalah hasil keberkesanan strategi My J Smart To Success Sistem (S2S).
"Saya mula menceburi secara serius dunia MY J Project ini pada Mei 2007 dan mendapati ia mampu menghasilkan pendapatan lumayan.
"Berikutan itu saya bersama suami Id Azlan Shah Banyamin masing-masing meletakan jawatan sebagai pegawai bank dan pegawai kastam dan setelah enam bulan kami telah dinobatkan CDM," kata Sharifah Hazlina Syed Musa, 37.
Wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini berkata, daya tumpuan dan kesungguhannya menjalankan perniagaan telah berjaya membantu melahirkan lapan usahawan lain.
Berikutan itu, katanya, dalam tempoh setahun mulai bulan ini dia berhasrat untuk melahirkan 15 lagi usahawan bumiputera di sekitar Perak.
Begitu juga dengan Noraidah Mokhtar, 40, dari Johor Bahru yang mahu berkongsi kejayaannya dalam menerokai perniagaan bersama MY J Project.
Beliau mengenali kumpulan itu menerusi rakannya yang telah menceburkan diri dalam bidang tersebut sejak 2007.
"Berkat usaha gigih saya dan suami, kami berjaya mengubah kehidupan dan merancang untuk melahirkan sekurang-kurangnya tiga usahawan bergelar jutawan," katanya.
Noraidah memberitahu, misi dan visinya dalam kehidupan ialah mencari peluang di saat-saat tidak memerlukan.
"Ini bermakna kita mencari duit bukan semasa waktu terdesak, sebaliknya semasa kita santai atau di zon selesa," katanya.
Kamizi Harun, 38, dari Tanah Merah, Kelantan, berkata, bersama isterinya, Noraini Nasir, 38, mereka membuat pinjaman bank RM21,600 bagi mendapatkan modal permulaan dan dalam masa enam bulan pendapatannya telah meningkat dan berjaya melangsaikan hutang tersebut.
"Berbekalkan semangat hasil pendapatan yang pertama kami terus berjuang dan pada Oktober 2006 saya mengambil keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai kakitangan sebuah universiti tempatan," katanya.
Kamizi berkata, kejayaan yang diperolehi bukan sahaja dilihat dari segi wang ringgit, malah kehidupan keluarga termasuk tiga anaknya berubah menjadi lebih cemerlang.

0 comments:

Post a Comment

รบ