SENTIASA MENINJAU PELUANG BARU

Sambungan...

BERNIAGA...besar skop definasinya...berniaga bodoh-bodoh pun berniaga juga..ialah kalau sudah melibatkan dua transaksi..penawaran & permintaan..jualan & belian..ahhh istilah yang amat biasa terutama yang terlibat secara langsung didalam sistemnya.

Boleh saya akui bahawasanya perniagaan bersama Hai-O Marketing Sdn Bhd dibawah pengurusan kumpulan iaitu MYJ Project memang mematangkan diri saya dalam dunia perniagaan...cuma hakikatnya transaksi untuk menilai kita sebagai seorang korporat yang berjaya itu jauh sekali...

Lebih puas apabila kita melakukan perniagaan dipasaran terbuka..ia mendedahkan kita kepada percaturan sebenar dunia perniagaan..anda mungkin keliru dengan pernyataan saya..tapi itulah hakikatnya. Berada dibawah satu Syarikat & menjadi wakil jualan tak ubah seolah-olah kita bekerja makan gaji untuk syarikat itu..dan skop kita tersekat disitu sahaja...setiap 10hb bulan menantikan bonus...untung sabut timbul untung batu tenggelam...

Saya berusaha untuk melepaskan diri daripada situasi itu...akhirnya kepulangan saya ke Perak Darul Ridzuan untuk meneruskan legasi perniagaan tidak mengecewakan. Walaupun diri masih dalam konflik antara dunia perniagaan realiti atau dunia perniagaan jaringan.. Hanya pada peringkat permulaan ianya agak mencabar sebab kita seolah-olah seperti 'orang luar' yang baru nak hidup ditempat orang walhal kita anak tempatan. Kadang-kadang terpaksa guna 'kabel' untuk talian hayat baru dapat semula kenalan yang ramai especially saudara mara yang sudah lama ditinggalkan..

Alhamudulillah berkat usaha, doa & restu ibubapa, mertua, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga & rakan taulan..kini saya boleh menghela nafas lega. Setakat hari ini sudah 5 syarikat berjaya ditubuhkan dengan 4 sektor perniagaan yang berbeza. Alhamdulillah 25/11/2011, Jumaat premise perniagaan ketiga akan dilancarkan. InsyAllah 2012 menyaksikan pembukaan satu lagi syarikat yang bakal beroperasi di Jelapang Ipoh. Rupanya banyak yang masih kita tidak tahu..tapi apa yang saya tahu kita perlu menjadi 'opportunist' apabila peluang lalu didepan kita.

bersambung....

0 comments:

Post a Comment

รบ