Liputan Akhbar - 40 usahawan MY J Project sertai umrah

Utusan Malaysia telah menyiarkan tentang kejayaan para pejuang MyJ yang telah berjaya mendapat insentif menunaikan Umrah seramai 40 orang Usahawan.

Berita di bawah atau layari :-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm


40 usahawan MY J Project sertai umrah

JOHOR BAHRU 30 Julai - Seramai 40 ahli MY J Project akan menyertai ibadah umrah anjuran Hai-O Marketing selama 12 hari mulai 8 Ogos ini.

Pengasas My J Project, Suhaili Yusof, 36, berkata, program itu sebagai insentif kepada para usahawan bumiputera yang sebahagian besar daripadanya telah bergelar jutawan.

Beliau yang sudah bergelar Crown Diamond Manager (CDM) berkata, sejak MY J Project ditubuhkan ia berjaya melahirkan seramai 6,000 usahawan bumiputera yang melibatkan diri dalam perniagaan Bio Aura dan Premium Beautiful iaitu pakaian dalam wanita yang merupakan produk Hai-O Marketing.

"Apa yang membanggakan kami, MY J Project yang memasuki tahun ketiga penubuhannya, 14 orang sudah bergelar jutawan.

"Jadi adalah menjadi harapan saya menerusi program dan aktiviti yang dilakukan oleh MY J Project termasuk ibadah umrah mampu menarik lebih ramai orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana ia menjanjikan masa depan yang cukup terjamin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, antara usahawan yang bertaraf jutawan ialah Kamizi Harun, Aidi Azalan Bayamin, Noriah Mokhtar, Nazdilia Nawang, Mohamad Jahib Kasmin, Daim Awang, Delailah Ithnin, Juraini Ishak, Hamzah Sidek dan Sazana Ghazali.

Suhaili berkata, kesemua mereka lazimnya memperoleh pendapatan bulanan tidak kurang RM50,000 bagi sepasang suami isteri, melayakkan mereka bergelar jutawan.

Suhaili yang melibatkan diri dalam perniagaan itu bersama suaminya, Sazali Mohamad, 37, yang juga bertaraf CDM berkata, program itu merupakan rombongan umrah kedua diadakan setelah yang pertama pada Ogos 2007.

Katanya, selain umrah Hai-O Marketing bersama agensi pelancongan terkemuka TH Travel and Services turut menganjurkan rombongan ke beberapa destinasi lain termasuk Paris (Perancis), Korea, Sydney dan Perth (Australia), Tokyo (Jepun) dan beberapa tempat menarik di China.

0 comments:

Post a Comment

รบ