CORETAN CDM UNTUK ARTIKEL MAJALAH KONVENSYEN 2009


Rencana:

Keputusan secara kolektif untuk menerokai bidang Perniagaan Pelbagai Tingkat (MLM) hari ini telah berjaya merealisasikan impian yang selama ini kami impikan.

Pertama sekali ingin saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya, saya dan isteri telah diperkenalkan dengan sebuah perniagaan MLM alaf baru yang berjaya mengubah hidup kami dari biasa biasa sahaja sehingga mencapai kejayaan luar jangkaan.

Berpandukan kepada usaha gigih dan prinsip hidup "Success Is Our Destiny" serta tunjuk ajar daripada dua insan hebat yang memperkenalkan MyJ Project kepada kami iaitu CDM Dato' Suhaili Hj Yosop dan pasangannya CDM Sazali Hj Mohamed telah membawa kami kepada satu era perubahan bukan sahaja gaya hidup tetapi cara pemikiran yang sentiasa teransang oleh elemen-elemen positif untuk terus berjaya dan mencipta kejayaan sehingga saya dinobatkan sebagai Crown Diamond Manager dalam masa hanya 6 bulan.

Saya dilahirkan di Lenggong, Perak pada Mei 1967 merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik. Menuntut di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Dato' Ahmad, Lenggong sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Sultan Idris Syah II, Grik Perak. Mendirikan rumahtangga dengan pasangan Sharifah Hazlina Syed Musa (Sherry) dan dikurniakan 5 cahaya mata. Memulakan karier sebagai seorang guru selama 5 tahun kemudian beralih menjawat jawatan sebagai Pegawai Kastam selama 20 tahun, kini ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan bersama isteri yang merupakan bekas Perunding Khidmat Pelanggan sebuah Bank Komersil.

Isteri merupakan pendorong utama kepada kejayaan kami, memegang prinsip "hidup harus seperti akar lalang; mampu bertahan walaupun dilanda badai" membuatkan beliau seperti wanita besi dimata saya. Keputusan yang beliau ambil untuk meletakkan jawatan pada Julai 2007 merupakan pilihan tepat kerana kini kami boleh menghela nafas lega apabila pengorbanan yang beliau lakukan kini membuahkan hasil.

Berkelulusan Diploma Perkastaman daripada Akademi Kastam Malaysia memberi banyak ruang kepada saya menjawat jawatan penting terutama didalam Kesatuan Sekerja. Saya merupakan seorang yang aktif didalam Pertubuhan Politik, Sosial, Kemasyarakatan dan seterusnya Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO. Pengalaman yang ada sebenarnya banyak dicurahkan kedalam dunia perniagaan supaya kuasa impak yang diperolehi adalah "luarbiasa".

Syukur Alhamdulillah bukan sahaja saya dan isteri malah rakan sekerja, sahabat handai, jiran tetangga, rakan-rakan dalam politik, adik beradik turut sama menyertai saya dalam MyJ Project.
Kini kami mula merasai “Kemanisan Perniagaan” apabila sudah mampu memilik kereta mewah Mercedes CLS350, Honda Stream dan yang terbaru Toyota Alphard. Selain daripada itu kami juga mampu memiliki 5 buah kediaman (2 buah di Johor Bahru, sebuah di Melaka & 2 buah di Perak) yang dijadikan rumah persinggahan kami takkala kami mempunyai urusan disana. Kami juga telah merasai pendapatan mencecah 5 angka dan akan terus menggapai pendapatan 6 angka dengan semangat jika orang lain boleh kami juga boleh.

Kami diberi peluang oleh Hai-O Marketing untuk melancong di lebih 10 buah Negara secara percuma melalui insentif yang ditawarkan antaranya Hong Kong, New Shen Zhen, Kunming, Korea Selatan, Paris, Amsterdam, Brussel & Australia. Kami juga berpeluang mengerjakan Umrah pada 2007 & 2009 secara percuma.

Fasa kedua kami caturkan apabila membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Negeri Kelahiran Perak bagi membolehkan kami berkongsi dengan sahabat dan saudara mara disana. Siri tawan Malaysia “2009 Tahun MyJ Tawan Malaysia” disambut baik apabila ianya seiring dengan aspirasi Isteri (CDM Sherry) menguasai Negeri Perak. Pusat Latihan & Bimbingan (MyJ Business Center) dengan rasminya dibuka pada 26hb Januari 2009 di Kuala Kangsar, Perak. Kini bukan sahaja menjadi Pusat Sehenti (Hub) bagi semua business center di seluruh Negeri Perak tetapi sebagai satu Pusat Pengeluaran Usahawan yang sangat berdedikasi, berkredibiliti sehingga mencetuskan Fenomena luarbiasa dikawasannya.

Kami akan terus melahirkan bintang-bintang baru antaranya DDM Mastora Ali, DDM Salim Saffar yang bakal menguasai Negeri Melaka. Pemimpin-pemimpin lain antaranya DDM Zuriny Banyamin, DDM Zawawi Banyamin, DSM Zaidatul Mazni Banyamin, DSM Mohd Lazif Zainol, DSM Mohd Razman Banyamin, DSM Hjh Latipah Abd Ghani, DSM Fatimah Hussian, DSM Maznah Meor Mohd Said, DSM Ustaz Abdul Halim Mohamed Zelan dan DSM Kassim Abd Karim. Mereka ini bukan sahaja pengedar biasa yg mencapai tahap CDM tetapi lahir sebagai pemimpin, pelopor sesuatu kawasan serta pengerak utama kepada pembangunan usahawan-usahawan baru di kawasan mereka.

Insya Allah, Stokis Hai-O Marketing dibawah pengurusan Beautiful Aura Interactive Marketing Sdn Bhd akan mula beroperasi pada Disember 2009 sebaik sahaja semua urusan tandatangan perjanjian selesai. Merupakan stokis Kumpulan MyJ Project yang pertama di Utara Malaysia.

Kini Nama CDM ID Azalan Shah Banyamin sentiasa meniti dibibir rakan kongsi serta prospek baru kerana mereka juga dahagakan kejayaan seperti kami. Sekiranya kami adalah pilihan anda untuk berjaya didalam MyJ Project sila hubungi talian 013-5308581 /019-7700858

1 comments:

OdedaWfratro said...

OdedaWfratro Jen Campbell https://www.beginwithbreath.com/profile/Pyaar-Ka-Punchnama-2-Full-Movie-Dailymotion-FREE-Download/profile
soabulkstarer

Post a Comment

รบ