Sisipan hiburan Utusan Malaysia 8 November 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza tidak gentar untuk buat persembahan. Buktinya pada 14 November ini Siti akan muncul di Stadium Malawati, Shah Alam, untuk menjayakan konsert Seribu Warna sempena ulang tahun ke 17, Hai-O Marketing Sdn. Bhd.
Istimewanya menurut Siti, konsert tersebut akan berlangsung selama dua jam yang turut menampilkan artis-artis naungan syarikatnya iaitu Kumpulan Coda, Saida dan Saerah.
"Dalam konsert itu nanti Siti akan muncul dengan satu persembahan padat dan berbeza berbanding persembahan Siti sebelum ini," katanya.
Wah... kepada peminat Siti yang tak sempat menonton Konsert Satu di Istana Budaya pada Jun lalu bolehlah pergi ke Shah Alam nanti. Konsert akan diadakan pada pukul 8.30 malam.
Lebih penting lagi sejak minggu lalu Siti dan artis-artisnya sudah buat latihan termasuklah memperkemaskan tarian untuk dipersembahkan pada konsert itu.
Persembahan mereka akan diketuai oleh Aubrey Suwito manakala Coda akan bermain muzik sendiri.
Menurut jurucakap Siti Nurhaliza Production (SNP), dijangkakan kira-kira 10,000 orang akan menyaksikan konsert berkenaan. Kepada peminat yang nak tonton konsert Siti itu bolehlah membeli tiket secara online di www.ticket2u.biz dengan harga tetap RM60.
3 years ago
0 comments:
Post a Comment