PROGRAM ZIARAH RAKAN KONGSI DI TERENGGANU








Minum petang bersama DDM Tn Hj Sulaiman dan pasangan sebelum kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pasangan Huda & Cikgu Fajuri kerana menyediakan juadah special Negeri Pahang Tempoyak Ikan Patin & anak ikan belida yang digoreng rangup untuk santapan tengahari & malam. Dessert yang sangat enak. Terima kasih sekali lagi.









Pertemuan dengan rakankongsi hebat bakal DSM Norazlan seorang pegawai bank dan bakal DSM Che Mat bertugas di OffShore. Kami juga sempat singgah di warung En Wan Abd Aziz semasa dalam perjalanan menuju Kemaman untuk bertemu bakal DDM Tn Hj Sulaiman. Che Wan juga merupakan kenalan kepada sepupu CDM Sherry Tn Hj Zameran yang merupakan Pengurus Bank Islam Cawangan Kemaman.





Singgah sebentar di Kelulut untuk menikmati Keropok Lekor sambil menanti ketibaan CDM Daim Awang. Pasangannya DDM Fauziah Ali tidak dapat hadir bersama kerana menguruskan anak ke sekolah.



Terima kasih kepada sepupu CDM Sherry, Dr Syed Azman DUN Batu Buruk kerana membenarkan kami menginap di rumah beliau yang terletak di Tok Adis Kuala Ibai
Minum petang di Golf Club bersama Ustaz Mohd Nor, Isteri & Anak bongsu beliau.





Program ziarah ke Terengganu pada 19 & 20 Feb 2011 bersama-sama Dato' merupakan agenda bagi memulihkan suasana berniaga di Terengganu yang agak kurang memberangsangkan sepanjang 2010.
Pertemuan yang diatur diantara Ikon Negeri Perak dengan beberapa pemimpin & rakankongsi Terengganu adalah satu permulaan SIHAT. MyJ Terengganu merupakan kumpulan dibawah pimpinan pasangan CDM Daim Awang & DDM Fauziah Ali. Pasangan ini adalah rakankongsi kepada CDM ID Azalan Shah.

Melihat kepada keupayaan pasangan ini kami sangat berharap satu hari nanti Terengganu benar-benar menjadi milik mereka dan impian memiliki stokis di Terengganu akan tercapai. Amin.

0 comments:

Post a Comment

รบ