BERSAMA USTAZ MOHD KAZIM ELIAS














MAJLIS PENYERAHAN PENAPIS AIR BIO AURA
KEPADA PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH

TARIKH : 23 FEBRUARI 2011
MASA : 9.30am
TEMPAT : Pejabat Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kampung Manjoi, Perak Darul Ridzuan

Kehadiran kami disambut oleh Puan Nurul Akmar Yaasob Pegawai Pentadbiran Al-Barakah bersama Ustaz Mokhtar Ibrahim Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah.

Majlis Penyerahan Penapis Air Bio Aura oleh seorang Hamba Allah dari Negeri Johor yang merupakan Usahawan MyJ Project Negeri Perak. Sumbangan bernilai RM10,400.00 (5 unit Bio Aura) dibuat melalui Stokis A31, Hai-O Marketing, Cawangan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan di sampaikan sendiri oleh Pemimpin MyJ Negeri Perak CDM ID Azalan Shah Banyamin kepada Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah Ustaz Mohd Kazim Bin Elias.

Sebagai Pemimpin MyJ Negeri Perak CDM ID Azalan Shah Banyamin melihat sumbangan ini sebagai usaha dan langkah yang sangat baik . Disamping menjalankan perniagaan usahawan digalakkan membantu masyarakat sekitar yang memerlukan bantuan.

Pada hakikatnya MyJ Negeri Perak telah banyak melakukan aktiviti dan memberi sumbangan kepada penduduk di Negeri Perak. Projek Jutawan Malaysia atau ringkasnya MyJ merupakan sebuah kumpulan Bumiputera yang menjalankan perniagaan berbentuk Konvensional dan Networking.

Koperasi MyJ dibawah MyJ Konsortium Johor Berhad menjalankan Perniagaan Konvesional seperti MyJ Butik, MyJ Café & Bistro, MyJ Publishing, MyJ IT & Design, MyJ Budget Hotel, MyJ Transportation, MyJ Advertisement, MyJ Carwash, MyJ Printing House dan MyJ Business Consultant.

Kami berjaya mengembangkan keahlian seramai 1,000 orang sepanjang 2 tahun MyJ Project Negeri Perak dilancarkan iaitu pada Januari 2009. Dijangkakan keahlian akan bertambah sehingga 3,000 orang pada Disember 2011.

Projek Jutawan Malaysia Pertama ini telah melahirkan hampir 20 orang Usahawan Jutawan Bumiputera seluruh Malaysia. Melalui MyJ Entrepreneur College (Kolej Keusahawanan MyJ) yang ditubuhkan di Bukit Baru Melaka telah berjaya membimbing serta memberi latihan kepada bakal-bakal usahawan seluruh Malaysia.

Selepas mengadakan kunjung hormat bersama Ustaz Mohd Kazim, Koperasi MyJ Johor Berhad berminat untuk mengadakan hubungan dua hala serta kerjasama dengan Koperasi Ehsan Al-Barakah.

Kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang Keusahawanan MyJ Project bagi Negeri Perak sila hubungi Pn Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail di talian 019-7700858/013-5308581/05-7771700.

0 comments:

Post a Comment

ú