KONVENSYEN MYJ KALI KE-3

Salam kepada Pejuang-pejuang MyJ seluruh Malaysia.

Kita bakal melakarkan satu lagi SEJARAH penting yang akan mendominasikan seluruh peristiwa penting sepanjang Penubuhan dan Pembangunan MyJ 2007 - 2010.

Pengkorporatan MyJ sekali lagi meletakkan satu tanda aras (benchmark) bahawa MyJ akan terus diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia dalam merealisasikan Impian bergelar Usahawan Jutawan.

Peluang yang terhidang bersama K-Bisnes (Knowledge in Business) sebenarnya sebagai satu usaha serta tapak mengubah persepsi minda golongan Bumiputra yang sentiasa 'terhidang' hanya sebagai seorang pengguna kepada minda seorang usahawan yang mampu berniaga di pasaran sebenar & terbuka.

Membina jati diri yang sangat jitu sehingga boleh menempis semua permasalahan dan menyelesaikan semua cabaran perniagaan membuatkan MyJ terus bertahan hingga ke hari ini malahan terus melahirkan pemimpin-pemimpin hebat yang sangat luarbiasa.

Membentuk minda dan tindakan yang positif dan selari amatlah sukar jika ianya dilakukan tanpa Ilmu serta Pengalaman. Pemimpin-pemimpin MyJ yang sangat berkaliber dari pelbagai latar belakang pendidikan sebenarnya memberi satu kesedaran bahawa ini peluang TERHEBAT ABAD ini bagi meletakkan diri sebagai salah seorang Usahawan berjaya kerana ANDA ada KAMI untuk memimpin.

0 comments:

Post a Comment

รบ