ISTIMEWA 10 ZULHIJJAH


Fajar 10 Zulhijjah di Kota Mekah Mukkaramah menyentuh kalbu sesiapa sahaja yang memandang. Apatah lagi bagi mereka yang berpeluang kesana mengerjakan Ibadah Haji..tentunya ia pengalaman yang amat istimewa & hebat.
Sekali pandang rindu benar pada kota Allah yang terhebat ini...jika Paris dikatakan Kota Romantis..ini Kota yang memberi kita seribu macam perasaan apabila menjejakkan kaki kesini.
Perasaan yang paling dahsyat yang akan ku rasai adalah rindu yang teramat sangat untuk sentiasa ke sini. Peluang dua kali mengerjakan Umrah bagiku rezeki yang tidak terhingga Engkau berikan kepada ku ya Allah...
Azam... terus ku tanamkan semoga diri ini dan orang sekeliling berpeluang mengunjungi Kota Allah ini bagi melaksanakan serta menyempurnakan tanggung jawab sebagai umat Islam.
Tahun ini sekali lagi umat Islam berpeluang merayakan serta melaksanakan korban pada 10Zulhijjah yang jatuh pada 17 Nov 2010 iaitu hari Rabu di Malaysia. Bersyukur kepada Allah Taala kerana masih diberi kesempatan merayakan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga serta rakan yang disayangi...
Semoga tahun hadapan diriku serta suami diberi peluang, kemampuan serta kemudahan mengerjakan Ibadah Haji yang menjadi cita-cita kami sebaik sahaja pulang dari mengerjakan Umrah pada tahun 2007 yang lalu.. Doa akan terus ku panjatkan agar ianya menjadi kenyataan. Insya Allah...Amin

0 comments:

Post a Comment

รบ