700-Uhud Satu Model Perjuangan - CDM Suhaili

Pada 8 Ogos 2009 ini, sebahagian daripada pejuang-pejuang MyJ akan berpeluang menunaikan Umrah dan ziarah secara percuma hasil kerja keras di dalam MyJ Project. Ikutilah kata-kata perangsang daripada CDM hebat MyJ iaitu CDM Suhaili berdasarkan perang Uhud. Semoga ia menjadi panduan dan pedoman untuk kita semua dalam meneruskan perjuang di dalam MyJ Project.





Salam Perjuangan!

Sahabat, sebahagian dari kita akan berangkat menunaikan umrah pada 8 Ogos 2009 ini. Ka'abah, Masjidil Haram, Ziarah Makam Rasululllah S.A.W., Masjid Nabawi, Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina merupakan antara tempat2 yang bakal kita kunjungi sama ada sebagai sebahagian dari perkerjaan ibadah Umrah kita mahupun menjadi sebahagian dari agenda ziarah kita apabila berada di Makkah dan Madinah.

Sahabat, tidak ada yang lebih hebat dan lebih baik apabila kita berada di 2 tanah suci ini melainkan kita memfokuskan diri kita secara total terhadap Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta. Tidak ada ziarah yang lebih hebat dan lebih baik selain dari menziarahi Masjidil Haram yang menempatkan Ka'abah dan Masjid Nabawi yang menempatkam Jasad Kekasih Allah S.W.T. Rasul yang mulia Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W.

Pendek kata tiada tempat lain yang lebih hebat untuk kita kunjungi selain dari dua tempat ini. Memang susah nak digambarkan kehebatan 2 tempat ini, sebab itu saya menyarankan agar sahabat2 pejuang-pejuang semua agar memasang niat, membulatkan tekad untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengejarkan kejayaan demi untuk bersama-sama dapat berpeluang untuk menjadi tetamu Allah S.W.T. di Makkah dan Madinah ini. Tidak ada ganjaran yang lebih HEBAT untuk jiwa seorang muslim di dunia ini selain dapat hadir ke bumi Makkah dan menatap sendiri Ka'abah yang selama ini menjadi Kiblat kita umat Islam satu dunia. Bersolat dan berdoa didepan ka'abah tanpa Hijab, betul2 di depan mata. Marilah sahabat semua, jangan toleh ke belakang lagi kerana jalan anda telah betul dan yang penting kita Buat Jer, Ikut Jer.

Sahabat, adakah kita masih mempunyai ibu dan bapa? Tak teringin ke kita untuk membawa mereka ke sana? sahabat nak tunggu adik beradik yang mana untuk membawa mereka ke sana? atau sebagai anak yang HEBAT dan mengenang jasa, KITA lah yang akan menyahut cabaran ini untuk membawa mereka ke BAITULLAH? Rumah ALLAH! JANGAN FIKIR2 LAGI! Saya pun tak payah fikir, Anda juga tidak perlu fikir! Yang penting Buat Jer, Ikut Jer.


Namun kali ini perjalanan Umrah kita akan lebih bermakna lagi dengan pemilihan angka 700 sebagai nombor kita. Nak tahu kenapa? sebab angka 700 itu adalah bilangan tentera Islam yang syahid ketika peperangan Uhud, yang kita jadikan sebagai panduan serta pedoman kita dalam meneruskan perjuangan kita. Saya tidak mahu menghuraikan tentang nombor kebanggaan kita ini malah tidak juga ingin menghuraikan 7 gagasan penting yang kita ambil dari peperangan uhud tetapi saya nak menggambarkan bertapa bermaknanya trip Umrah kali ini kerana kita dapat menghayati satu lagi perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W. dengan menziarahi bukit uhud serta menziarahi makam para syuhada uhud yang berjumlah 700 orang iaitu angka yang kita banggakan hari ini.

Sahabat! Rasulullah S.A.W. menyuruh kita agar mencintai bukit uhud ini kerana ia juga menyintai kita. Bukit Uhud ini adalah sebuah bukit yang berasal dari syurga dan merupakan salah satu anugerah yang Allah S.W.T. turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.. Kini Bukit Uhud ini juga yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada kita untuk dijadikan panduan kita dalam meneruskan perjuangan kita, InsyaAllah.

Sahabat! kita memang mempunyai alasan yang amat kukuh untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan Madinah kerana selain dari menunaikan ibadah Umrah serta ziarah Rasulullah S.A.W. , kita juga perlu melihat sendiri Bukit Uhud yang selalu kita sebut yang kita jadikan sebagai satu tunggak kekuatan dalam perjuangan kita.

700-Uhud, dengannya InsyaAllah akan lahir pejuang2 yang hebat, tahan lasak, tahan uji dan yang penting sentiasa dalam pertolongan dan rahmat Allah S.W.T.

Sekian dulu sedikit mukaddimah tentang 700-Uhud, InsyaAllah jika ada izin Allah S.W.T. kita akan terbitkan satu buku kecil tentang gagasan perjuangan kita yang berdasar 700-Uhud ini. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

รบ