JAMUAN DURIAN BERSAMA YH CDM DATO' HJH SUHAILI HJ YOSOP

Program : Pelancaran Koperasi MyJ (Johor) Berhad Kawasan Utara
Tarikh : 8 Ogos 2010
Waktu : 12.00tgh - 7.00mlm
Tempat : Stokis A31 Kuala Kangsar


























Photobucket

Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.

Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan untuk menikmati kemenangan terhadap kaum kuffar. Dibawah kepimpinan Rasulullah saw, Negara Islam telah berjaya mengalahkan puak terkemuka dikalangan bangsa Arab, iaitu puak kafir Quraish di dalam peperangan Badar. Meskipun pada masa itu, Negara Islam mempunyai pasukan tentera yang kecil dari segi bilangan, mempunyai kelengkapan perang yang tidak mencukupi dan berhadapan dengan musuh Allah yang tiga kali ganda bilangannya termasuk yang terkuat dan paling berpengalaman dalam peperangan.

Firman Allah :

وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya." [Surah Ali Imran 3:123]

Satu lagi peristiwa Ramadhan adalah Pembukaan Kota Mekkah (Fatah Mekkah) oleh Negara Islam. Pembukaan ini telah menundukkan puak Quraish di bawah kekuasaan pemerintahan Islam sekaligus menghapuskan kekejaman mereka terhadap bangsa lain dan juga memudahkan jalan untuk perluasan Daulah Islamiyyah ke serata pelusuk dunia. Turun Firman Allah pada masa itu:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong” [Surah An-Nasr 110:1-2]

Dan pada abad kepimpinan Islam selepas era Rasulullah saw dan Khulafa’ ar Rashidun, Daulah Islam Khilafah mencapai kemenangan yang besar ke atas musuh-musuh Islam dalam bulan Ramadhan. Kaum Muslim telah berjaya mengusir Tentera Salib dari As-Syam sepenuhnya walaupun sebahagiannya telah cuba diusir semenjak berabad lamanya. Kaum muslim juga telah mengatasi dan mengalahkan bala tentera Tartar di Ein Jaloot yang telah melakukan kerosakan dan kekejaman terhadap kaum muslimin sebelumnya.

Jadi, dapat dilihat, ketika Kaum Muslimin ditadbir dan dihukum dengan peraturan Islam, Allah swt telah memperlihatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat Islam ke atas musuh-musuhnya. Tetapi alangkah sedihnya pada Ramadhan kali ini, tanpa Daulah Khilafah, kaum Muslimin berhadapan dengan penaklukan oleh musuh-musuh Islam di setiap pelusuk ruang kehidupan mereka.

Sekali lagi pada Ramadhan kali ini, kaumMuslimin menghitung jumlah kematian saudara-saudara mereka hasil dari kerja tangan para penjajah yang menakluk tanah-tanah kaum muslimin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Kashmir dan banyak lagi. Pada Ramadhan ini, para tentera kaum muslimin ditegah dari menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam mereka tetapi dikerah tanpa bantahan untuk melindungi pihak penjajah kuffar dari saudara muslim mereka.

Ramadhan ini, kaum muslimin berdepan dengan penghinaan terhadap permata bernilai mereka, iaitu Deen Islam. Para penjajah kuffar barat.menanamkan pemikiran rosak mereka melalui sistem pendidikan, media-media massa dan iklan-iklan. Dan Ramadhan ini, kaum muslimin mengharungi kepayahan dan kesempitan hidup kerana sumber-sumber alamnya dikuasai dan diexploitasi oleh penjajah.

Biarpun Umat Islam mempunyai tanah yang luas, kaya sumber alamnya, jumlah penduduk yang ramai dan pasukan tentera yang gagah dan permata paling bernilai iaitu deen Islam yang benar, tetapi umat Islam dihina dan dikeji dihadapan kaum kuffar

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana tanpa adanya Daulah Khilafah Islam, politik dan pemerintahan tidak lagi kearah menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Bahkan politik dan pemerintahan telah dihinakan kepada mengikut telunjuk perintah penjajah dan menghalang apa yang tidak di sukai oleh mereka. Politik bukan lagi memelihara urusan umat untuk mencapai keredhaan Allah semata. Sebaliknya politik pemimpin kaum muslim adalah agenda murahan untuk berlumba-lumba memenangi hati pihak penjajah yang sedang memerintah atau yang bakal memerintah, untuk kepentingan diri sendiri.

Wahai umat Islam!

Ramadhan ini, dengan keadaan saudara-saudara umat Islam yang sedang hebat dilanda kesengsaraan akibat kekejaman pemimpin kuffar, kalian tidak sepatutnya berpuas hati menyembahkan diri kepada Allah dengan berpuasa dan bersolat sahaja. Sebaliknya, menjadi kewajipan bagi kalian untuk bersama-sama bekerja ke arah penerapan agama Allah di muka bumi ini dan memastikan keutuhan nya dari segala macam cara hidup, tidak lain dan tidak bukan dengan mengembalikan semula Khilafah, agar Ramadhan kembali menjadi saksi ke atas kemenangan kaum muslim satu persatu. Marilah bekerja untuk menukar pemimpin kaum muslimin yang rosak ini dan mengembalikan Khilafah di tempatnya, bukan hanya kerana hidup dan mati tetapi atas Perintah dari Allah swt.

Seandainya kalian sebagai muslim tidak menjalankan kewajipan ini, adalah seperti kalian bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang melakukan dosa ini. Keadaan kaum muslimin akan lebih parah di dunia ini dan mereka akan di hukum di akhirat nanti Sebagaimana sabda Rasulullah saw

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يُعَذِّبُ الْعَامَّةَ بِعَمَلِ الْخَاصَّةِ حَتَّى يَرَوْا الْمُنْكَرَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ وَهُمْ قَادِرُونَ عَلَى أَنْ يُنْكِرُوهُ فَلَا يُنْكِرُوهُ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَذَّبَ اللَّهُ الْخَاصَّةَ وَالْعَامَّةَ
“Allah tidak akan menghukum sekelompok umat di atas perbuatan sekelompok dari mereka, sehingga mereka melihat kemungkaran berlaku di tengah-tengah mereka dan mereka mampu untuk menghalangnya tetapi mereka tetap membiarkannya, dengan demikian itu, Allah akan memberi balasan ke atas semua orang.” (H.R Ahmad)

Oleh itu, ambillah peluang keberkatan Ramadhan ini. Kembalilah kepada Allah subhanahuwataala dengan meningkatkan usaha menentang pemimpin yang rosak dan mengembalikan Daulah Khilafah di tempatnya. Hanya Khilafah akan mengembalikan kedaulatan Islam yang akan memelihara kaum muslimin dan Deen mereka dan menggentarkan hati musuh-musuh Islam. Dan ketahuilah, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi orang yang benar-benar mempercayaiNya.

Seperti Firman Allah :

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” [Surah Ali-Imran 3:139]

SEMOGA BULAN YANG MULIA INI BENAR-BENAR MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM DAN GROUP MyJ PROJECT... AMIN...

SEKITAR ANUGERAH SM & SSM

AKTIVITI MyJ:
MALAM PENGANUGERAHAN SM & SSM
HIMPUNAN 1000 USAHAWAN MyJ
BERSEMPENA ULANGTAHUN KE DUA NEGERI MELAKA
DIIKTIRAF SEBAGAI BANDARAYA WARISAN DUNIA

TEMPAT:
MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE - MITC MELAKA

TARIKH:
10 HB JULAI 2010 - SABTU

MASA:
8.30 MALAM







Perkongsian maklumat MyJ Johor

PROGRAM SEKITAR HIMPUNAN 1000 USAHAWAN MyJ DI BANDARAYA MELAKA (Part 2)

AKTIVITI MyJ:
PENERANGAN MENGENAI KOPERASI MyJ KONSORTIUM
JOHOR BERHAD DAN LATIHAN GERAK MyJ
BERSEMPENA HIMPUNAN 1000 USAHAWAN MyJ
BERSEMPENA ULANGTAHUN KE DUA NEGERI MELAKA
DIIKTIRAF SEBAGAI BANDARAYA WARISAN DUNIA

TEMPAT:
MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE - MITC MELAKA

TARIKH:
10 HB JULAI 2010

MASA:
6.30 PETANG





Perkongsian maklumat MyJ Johor

PROGRAM SEKITAR HIMPUNAN 1000 USAHAWAN MyJ DI BANDARAYA MELAKA (Part 1)

AKTIVITI MyJ:
MyJ Moving Up Seminar
Bersama Dr Muhamad Jantan - R`ESQ
(Perunding Motivasi & Psikologi RMJ Holistic Solution)

TEMPAT:
MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE - MITC MELAKA

TARIKH:
10 HB JULAI 2010

MASA:
2.00 PTG HINGGA 6.00 PETANG











Perkongsian maklumat dari Blog MyJ Johor
(terima kasih Ayahsu)

LAGI KEJUTAN DARIPADA HAI-O MARKETING



PREMIUM BEAUTIFUL FOUNDATION LINGERIES

Beruntung kita sebagai Pengedar dibawah satu syarikat yang sangat kukuh. Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd terus mencatatkan keuntungan selepas cukai sangat memberangsangkan walaupun dalam keadaan Ekonomi yang tidak begitu stabil.

Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd terus memberi Imbuhan kepada Pengedar Setia mereka melalui Pembelian Premium Beautiful yang menawarkan rebat sebanyak RM150 untuk setiap pembelian lengkap terdiri daripada Long Bra, Waist Nipper & Long Girdle.


Jika dahulunya, Syarikat hanya menawarkan rebat keatas Pembelian Penapis Air Bio Aura sebanyak RM200 untuk setiap satu unit, kini kepada penggemar pakaian Dalam Wanita Premium Beautiful anda juga berpeluang mendapatkan rebat tersebut.


Bukan itu sahaja, Jika anda berjaya membuatkan jualan peribadi & kumpulan pada Mata/Point yang Syarikat akan umumkan anda berpeluang ke Perth Australia secara PERCUMA..

Link :
MyJ Sabah

MyJ SELURUH MALAYSIA BERKAMPUNG DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH




Bandaraya Melaka sekali lagi akan di'GEGAR'kan dengan kehadiran semua pengedar Hai-O Marketing seluruh Malaysia terutama Kawasan Selatan Semenanjung yang bakal menerima Anugerah SM/SSM. Tahniah buat kalian.
Di kesempatan ini, MyJ Project turut menganjurkan Program 4 in 1

09/7/2010
2.00pm - 10.00pm
MyJ Explorace

10/7/2010
9.00am - 12.00pm
MyJ Moving Up Seminar
Bersama Dr Muhamad Jantan - R`ESQ
(Perunding Motivasi & Psikologi RMJ Holistic Solution)

10/7/2010
3.00pm - 5.00pm
Grand MPP MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Bersama 10 CDM Seluruh Malaysia

10/7/2010
7.00pm - 11.00pm
Malam Anugerah SM/SSM Selatan
Wakil Speaker MyJ - CDM Hamzah Sidek

Konvoi dari Selatan, Utara & Pantai Timur Semenanjung dijangka tiba pada jam 7.00 malam di Dataran Pahlawan bakal mengedarkan 20,000 keping flyers menjemput semua Rakyat Melaka menyertai Misi "MyJ Membudayakan Individu & Keluarga Melaka Kearah Usahawan Jutawan Terbilang"

Tahniah kepada semua Pejuang pejuang MyJ yang berkampung di Melaka. Bagi yang menyertai konvoi SELAMAT JALAN semoga selamat tiba ke Destinasi yang dituju.

~Sampai Jumpa Nanti~
Link:
http://myj-johor1.blogspot.com/
http://myj-sabah.blogspot.com/

DDM Zuriny





DDM Zuriny - Penerima Anugerah Tabung Kereta bersama² penerima yang lain
(perkongsian maklumat dari Blog MyJ johor)
ú