5 weeks ago
MAKLUMAN
Posted by
MyJ Perak
/
Comments: (0)
PROGRAM JOM MINUM AIR BERSIH YANG DIJADUALKAN AKAN DIADAKAN PADA 22 FEBRUARI 2010 BERTEMPAT DI KG. KURNIA DITANGGUHKAN SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.
HARAP MAKLUM
HARAP MAKLUM
BIO AURA
Posted by
MyJ Perak
on 10 February 2010
/
Comments: (1)

Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.
Ciri-ciri Bio Aura:
* Rekaan yang mesra-penyelenggaraan
* Pemasangan yang mudah
* Penutup penapis yang berwarna
* Saiz penapis yang lebih besar
* Pengiktirafan kualiti
* Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan
Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
* Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
* Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
* Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
* Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan
SIJIL HALAL
IMBASAN MPP DI PLANET 12 (TAIPING) 15 JAN 2010
Posted by
MyJ Perak
on 05 February 2010
/
Comments: (0)
Jalin kerjasama melalui sukan - Sinar Harian 28 Jan. 2010
Posted by
MyJ Perak
on 28 January 2010
/
Comments: (0)

LENGGONG – Untuk lebih mengeratkan dan memupuk hubungan kerjasama dengan orang ramai, pihak My J Project Perak telah memilih sukan sebagai salah satu daripada medium utama mereka yang secara tidak langsung akan lebih memperkenalkan kumpulan itu kepada masyarakat di sekitar negeri Perak.Berikutan niat itu, My J Project Perak baru-baru ini, telah berbesar hati menyumbangkan jersi My J Team kepada salah satu daripada pasukan bola sepak yang turut bertanding di dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong.
Pemimpin My J Project Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa ketika ditemui selepas penyerahan jersi itu berkata, niat untuk menyumbangkan jersi dan seterusnya menaja pasukan tersebut yang bertanding dalam liga itu di atas tiket Kampung Beng adalah berikutan ramai antara pemainnya merupakan ahli-ahli My J Project Perak.
“Sumbangan jersi dan juga penajaan ini juga dijalankan atas rasa keikhlasan dari masyarakat kepada masyarakat dan melalui perbincangan bersama kepimpinan My J Project Perak di mana kami telah sama-sama bersetuju untuk menaja pasukan ini sepanjang liga berlangsung.
“My J Project Perak, kini juga sedang dalam perancangan untuk menubuhkan kelab atau pasukan bola sepaknya sendiri untuk bertanding dalam kejohanan-kejohanan bawah 21 dan semua pengurusan akan diserahkan di bawah ID Azalan Shah Bunyamin, yang merupakan salah seorang kepimpinan di Perak,” katanya.
Menurut Sharifah Hazlina lagi, antara sebab pasukan yang bertanding di atas tiket Kampung Beng dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong ini, adalah berikutan ia merupakan tempat kelahiran ID Azalan Shah yang bakal menguruskan pasukan bola sepak My J Team nanti.
Beliau turut memaklumkan bahawa penyertaan untuk My J Team nanti akan terlebih dahulu dibuka kepada kalangan anak-anak ahli My J Perak sebelum ia akan dibuka untuk penyertaan umum.
“Kami juga berkemungkinan akan membuat saringan di sekitar Perak iaitu di setiap kawasan dalam kesemua daerah di negeri ini untuk pemilihan pemain-pemain dan akan bermula di Lenggong.
“Untuk peringkat permulaan, penyertaan My J Team akan memberikan penumpuan kepada liga-liga bawah 21 yang berlangsung di sekitar Perak dan sekiranya kami berjaya mendapat satu pasukan yang kuat dari kawasan Parlimen Lenggong, maka ia sudah cukup bagus bagi kami,” katanya.
Untuk permulaan kepada penajaan My J Project kepada pasukan bola sepat berkaitan, mereka telah disumbangkan sepasang jersi yang lengkap bagi setiap pemain termasuk pemain-pemain simpanan dan gantian.
Selaku Pemimpin My J Project Perak, Sharifah Hazlina juga turut mengakui bahawa beliau merasa gembira apabila dimaklumkan bahawa pasukan tajaannya juga merupakan antara pasukan terkuat yang bertanding di dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong.
“My J Project yang datang di atas platform Hai-O kini sedang dalam usaha untuk meneroka pasaran Perak dan berhasrat untuk cuba menguasai pasaran seluruh negeri ini dengan hasrat untuk membuka peluang perniagaan kepada masyarakat sekitar negeri ini.
“My J Project Perak juga merasakan bahawa melalui hubungan kerjasama melalui sukan dan kebajikan, adalah lebih mudah untuk kami mendekati serta diterima di kalangan masyarakat setempat,” katanya.
Sementara itu, jurulatih pasukan tajaan My J Project Perak, Zamri Mat Aris, 40 yang juga merupakan bekas penjaga gol Perak, berkata, pasukan ini telah melalui dua perlawanan sepanjang liga berlangsung dan bakal melalui perlawanan ke tiga mereka selepas sahaja penyerahan jersi dilakukan.
Masjlis Penyerahan Jersi Team MyJ
Posted by
MyJ Perak
on 26 January 2010
/
Comments: (0)



Majlis penyerahan jersi team MyJ yang ditaja oleh CDM ID Azalan Shah telah berlangsung pada 23 Januari 2010 di Rumah Rehat Lenggong. Pada majlis tersebut juga telah diadakan satu mini MPP. Seterusnya telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara team MyJ dengan pasukan tempatan.
(Gambar ehsan dari Blog MyJ Sg. Siput)
Kenangan di Konsert Dato' Siti
Posted by
MyJ Perak
on 13 January 2010
/
Comments: (0)
Bio Aura pilihan keluarga Dato' Siti













