SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1431H

















Salam AidilFitri / Eid Mubarak,

Semoga AidilFitri kali ini lebih bermakna kepada kita. Sesungguhnya dalam menjalankan kehidupan harian kita tidak lari dari melakukan khilaf & dosa. Sesungguhnya ketelanjuran kata itu membawa binasa tetapi apakan daya kadang-kadang ianya berlaku tanpa disedari. Menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf.

Begitu juga dalam mencatur makan & minum serta yang halal & haram.Sesungguhnya dalam keghairahan mengejar impian ada yang termakan & terminum & terambil minta dihalalkan semoga hidup membawa kepada keberkatan..Kadang-kadang kita sangka orang ikhlas memberi rupa-rupanya tidak. Pemberian itu diungkit kemudian hari. Kalau boleh tidak mahu mengambil hak orang (tidak kira barang, harta, keluarga atau wang ringgit) kerana hinanya jika benar begitu. Tapi apakan daya kita insan biasa yang daif lagi jahil.

Sepanjang bersama MyJ Project [2007-2010] pahit, manis, asam & garam memang tidak terpisah cuma dalam banyak situasi berdiam diri (Low Profile) itu bakal menyelamatkan banyak perkara. Sesungguhnya Rasulullah SAW juga mengajar kita untuk diam & bertenang baru mengambil tindakan kerana tindakan kita itu akan memperlihatkan kewarasan kita. Semoga AidilFitri kali ini memberi Sinar Kebahagiaan & Keberkatan Selamanya..Amin

Semoga kita bersua lagi untuk Ramadhan & Syawal 1432H..Amin Ya Raballalamin

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN IKHLAS DARIPADA KAMI SEKELUARGA

Nukilan Sherry untuk
CDM ID AZALAN SHAH BANYAMIN & KELUARGA

0 comments:

Post a Comment

รบ