JAKARTA 13 April – Hai-O Marketing Sdn. Bhd. yang meluaskan pasarannya ke Indonesia menerusi perusahaan PT Hai-O Indonesia, menyasarkan mendaftar 1,000 anggota dalam tempoh enam bulan.
Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri Osman S. Cassim berkata, sambutan masyarakat negara ini terhadap syarikat jualan langsung (MLM) itu setakat ini menggalakkan dengan seramai 200 orang sudah menjadi anggota.
“Hai-O yakin produk berkualiti yang ditawarkan, khususnya penapis air Bio Aura dan pakaian dalam pembentuk tubuh, Premium Beautiful, akan mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat negara itu,” katanya pada pelancaran rasmi PT Hai-O Indonesia di sini baru-baru ini.
PT Hai-O Indonesia beroperasi sejak Ogos tahun lepas di kawasan strategik di Rukun Mangga Dua Square, Jl. Gunung Sahari Raya Jakarta, sebuah kawasan yang di keliling gedung membeli-belah utama di kota raya ini. – Bernama
Utusan Malaysia 14/04/08
3 years ago
0 comments:
Post a Comment