Hai-O Marketing Sasar Jualan Produk RM40 Juta Sebulan

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=464068

(klik pada link untuk terus ke Bernama Online)
MELAKA, 23 Dis (Bernama) -- Hai-O Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), menyasarkan jualan 30,000 unit pelbagai produk bernilai RM40 juta sebulan, sebelum akhir tahun depan.

Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Bhd, Tan Kai Hee berkata syarikat itu kini mencatatkan jualan kira-kira 20,000 unit pelbagai produk bernilai RM30 juta sebulan.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau yakin jualan produk akan terus meningkat disebabkan mutu produk yang baik, berkualiti dan mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna.

Hai-O Marketing Sdn Bhd, anak syarikat Hai-O Enterprise Bhd mengedarkan kira-kira 100 produk, dengan produk premium Beautiful Far Infrared Rays dan Bio Aura Nano Technology.

Tan berkata produk yang dipasarkan adalah buatan Malaysia dengan teknologi luar negara termasuk Korea, China dan Jepun.

"Harga produk kami dianggap sederhana dan berpatutan, itulah sebabnya laris sekali dan mudah diterima dengan baik oleh pengguna," katanya.

Beliau berkata syarikatnya yang beroperasi sejak 17 tahun lepas, kini mempunyai 100,000 pengedar di seluruh negara dan menyasarkan 4,000 pengedar baru sebulan.

"Kami kini mempunyai 300 orang usahawan jutawan yang bergelar Pengurus Berlian mahkota (CDM) dan lebih dari 50 stokis di seluruh Malaysia," katanya.

Tan berkata syarikat itu kini mula menerokai pasaran di Indonesia dengan pelancaran rasmi akan dilakukan pada April tahun depan.

Dalam membimbing usahawannya, beliau berkata syarikat itu turut memberi bimbingan dari segi pelan pemasaran, penjualan produk dan insentif.

Sementara itu, MyJ Konsortium Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan sistem perniagaan MLM yang memasarkan produk Hai-O Marketing Sdn Bhd, pula menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta sebulan pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Suhaili Yosop berkata 50 usahawan jutawan Melayu yang bergelar CDM disasarkan dilahirkan pada tahun depan berbanding 20 orang sekarang ini.

Beliau berkata sasaran itu diyakini boleh dicapai melalui gerak kerja yang gigih dan sistem pemasaran dikenali "MyJ Projek" yang dilaksanakan sekarang.

Katanya ruang pasaran yang masih luas bagi produk Hai-O di Malaysia perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan muda.

-- BERNAMA

'Kami miliki 300 usahawan jutawan'

Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1224&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive
(Terdapat dalam media cetak Utusan Malaysia ruangan bisnes m/s 20 juga di dalam Sinar Harian)

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam (tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian kakitangan Hai-O ketika hadir pada Konvensyen MyJ di Melaka, semalam. Turut kelihatan Tan Kai Hee (kiri). - BERNAMA

MELAKA 23 Dis. - Hai-O Marketing Sdn. Bhd., syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), menyasarkan jualan 30,000 unit pelbagai produk bernilai RM40 juta sebulan, sebelum akhir tahun depan.

Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Bhd, Tan Kai Hee berkata, pihaknya kini mencatatkan jualan kira-kira 20,000 unit pelbagai produk bernilai RM30 juta sebulan.

Beliau yakin jualan produk akan terus meningkat disebabkan mutu produk yang baik, berkualiti dan mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna.

Hai-O Marketing, anak syarikat Hai-O Enterprise mengedarkan kira-kira 100 produk, dengan produk premium Beautiful Far Infrared Rays dan Bio Aura Nano Technology.

Kai Hee berkata, produk yang dipasarkan adalah buatan Malaysia dengan teknologi luar negara termasuk Korea, China dan Jepun.

"Harga produk kami dianggap sederhana dan berpatutan, itulah sebabnya laris sekali dan mudah diterima dengan baik oleh pengguna," katanya pada Konvensyen MyJ Konsortium di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak 17 tahun lepas, kini mempunyai 100,000 pengedar di seluruh negara dan menyasarkan 4,000 pengedar baru sebulan.

"Kami kini mempunyai 300 orang usahawan jutawan yang bergelar Pengurus Mahkota Berlian (CDM) dan lebih dari 50 stokis di seluruh Malaysia," katanya.

Kai Hee berkata, syarikat itu kini mula menerokai pasaran di Indonesia dengan pelancaran rasmi akan dilakukan pada April tahun depan.

Dalam membimbing usahawannya, beliau berkata, syarikat itu turut memberi bimbingan dari segi pelan pemasaran, penjualan produk dan insentif.

Sementara itu, MyJ Konsortium Sdn. Bhd., pengendali sistem perniagaan MLM yang memasarkan produk Hai-O Marketing pula menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta sebulan pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Suhaili Yosop berkata, 50 usahawan jutawan Melayu yang bergelar CDM dijangka dapat diwujudkan pada tahun depan berbanding 20 orang sekarang ini.

Beliau berkata, sasaran itu diyakini boleh dicapai melalui gerak kerja yang gigih dan sistem pemasaran dikenali MyJ Projek yang dilaksanakan sekarang.

Katanya, ruang pasaran yang masih luas bagi produk Hai-O di Malaysia perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan muda. - Bernama

Sekitar Perasmian Konvensyen MyJ Oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Gambar-gambar sekitar majlis perasmian Konvensyen MyJ kali ke-2 di MITC, Melaka oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka)





(Gambar ehsan dari blog CDM Dato' Hjh. Suhaili Yosop)

Liputan Media (Online) Internet

Mstar Online
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/20/mstar_berita/20091220114141&sec=mstar_berita

Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm&arc=hive

Bernama Online
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=463424



Melaka Tumpu Pasaran MICE Tahun Depan


MELAKA, 20 Dis (Bernama) -- Melaka akan menggiatkan pasaran mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) bagi menarik sejuta peserta domestik dan antarabangsa, tahun depan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa yang ditawarkan untuk MICE akan menjadi daya tarikan baru kepada peserta.

"Menjelang tahun depan, Melaka mensasarkan sejuta peserta MICE dengan 30 peratus daripada jumlah tersebut adalah peserta antarabangsa," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen MyJ Konsortium Sdn Bhd di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, malam Sabtu.

Mohd Ali berkata Melaka kini mempunyai MITC iaitu pusat MICE keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 14,670 meter persegi termasuk dewan yang mampu memuatkan kira-kira 15,000 orang.

"Hotel di Melaka juga menawarkan tempat untuk MICE bagi memenuhi keperluan pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MyJ Konsortium Sdn Berhad, Datuk Suhaili Yosop berkata MyJ, satu kumpulan yang menjalankan sistem jualan langsung yang memasarkan produk syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd.

Beliau berkata syarikatnya sedang berusaha melahirkan ramai usahawan Melayu yang berpotensi untuk menjadi jutawan melalui perniagaan berkenaan.

Sekitar Konvensyen MyJ di MITC Melaka






Konvensyen MyJ kali ke 2 telah diadakan pada 18 & 19 Disember 2009 bertempat di MITC, Melaka dihadiri lebih daripada 3,000 ahli serta keluarga MyJ.

Pelbagai acara sukan, rekreasi & gerai jualan telah berlangsung penuh warna-warni disusuli malam kemuncak jamuan makan malam sempena perasmian Konvensyen MyJ serta upacara pelancaran Koperasi MyJ Berhad disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Dato’ Seri Mohd Ali Rustam. Beliau turut menyeru semua rakyat Melaka khususnya & rakyat Malaysia Amnya untuk turut serta menyertai MyJ demi memartabatkan bangsa & memperkukuhkan ekonomi keluarga.
(Ehsan MyJ Sg. Siput & MyJ KB)
Thanks..

Konvensyen MyJ di MITC Melaka

Salam untuk semua ahli myJ Project dan mereka yang ingin menyertai myJ Project. Sudahkah anda dan rakan kongsi menerima jemputan untuk menyertai myJ Konvensyen 2009 pada 18 dan 19 Disember di MITC Melaka? Pastikan anda hadir bersama semua kenalan anda kerana myJ akan mengadakan konvensyen ke-2 yang melibatkan hampir 3000 orang semua ahli myJ seluruh Malaysia! Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Dato’ Ali Rustam n Pgarah Urusan Hai o Markerting.Jangan lepaskan peluang 2 hari 1 malam ini pasti mengegarkan perniagaan anda kearah Terbilang D’ Dunia. Persiapan sebaran akhir ini akn menentukan kejayaan biz anda dalam myJ kerana semua persoalan akan terjawab. Berita Tv n hebahan Radio bagi semua pengarah2 yang melibatkan semua CDM hebat myJ telah bermula.HADIRKAN DIRI ANDA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA!.Pastikan gerai, hotel, rawatan percuma, rela, hospital, pertandigan kanak2, persembahan, permainan, diner VIP dan VVIP, pameran, persemabahan MBC2 negeri, ucapan CDM 2009, hadiah, sumbangan ahli baru dan lama, kursus keusahawnan, konvoi dansebagainya telah siap sedia, yang pentntg hasilnya biz anda sangat besar dengan kehadiran semua rakan kongsi…. Sebarkan! dapatkan tiket dari CDM2 hebat myJ dan leader2 terpimpin myJ.

(CDM Dato’ Hjh Suhaili)
รบ