Salam semua sahabat-sahabat diluar sana....
Terpanggil rasanya ingin menulis sedikit coretan setelah hampir setahun tidak mempunyai masa & ruang melayari blog MYJ Perak.
Tahun 2010 merupakan tahun paling sibuk mencari peluang dan melalui frasa melepasi semua jenis cabaran dalam dunia perniagaan maklumlah baru setahun jagung berniaga apatah lagi dalam pasaran & ekonomi tidak menentu pada ketika itu...tapi demi semangat & langkah yang telah diambil....perjuangan tetap dan harus diteruskan.
Bukan mudah membuat keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji samada bagi diri saya selaku pegawai bank mahupun suami selaku pegawai kerajaan...Rutin harian kami mudah pagi2 siap uruskan anak2 ke sekolah..kami pun keluar rumah menuju pejabat..hari2 berlalu itu ajelah rutin kami sehingga hampir lebih 15 tahun dari bujang, bertunang, kahwin hingga mempunyai anak seramai 5 orang. Hujung bulan kami akan meratapi pendapat yang cukup-cukup makan aje..ada kalanya tak mencukupi.
Bercakap soal berniaga nie rasanya dari anak dara dulu dah pandai berniaga...jual kuih ler, jual apa2 aje barang kat kawan2 disekolah..minat tu mmg dah lama cuma dulu tu berniaga main-main....saja suka-suka...
Apabila berkahwin dan mempunyai 2 orang anak masa tu dah mula fikir nak berniaga betul-betul sebab tujuan utama nak menyokong pendapatan sedia ada yang kurang mencukupi..bermula ngan berniaga kain pasang & tudung yang diambil dari Kelantan, Masjid India & Komtar Johor kepada berniaga barang kemas dari Kelantan...boleh tahan juga rupanya ramai juga yang suka berhutang mahupun main kutu utk memiliki barang kemas & pakaian...
Kemudian frasa suami pula ingin memulakan perniagaan...biasalah kalau namanya anak muda melayu yang terlintas ngan modal tak sampai RM2,000 adalah gerai burger..itu pun aje yang termampu....Alhamdulillah nampak juga hasilnya bila suami mampu pula mengeluarkan modal memulakan perniagaan carwash di stesen minyak Petronas.
Tahun 1999 - 2006 merupakan frasa kehidupan yang penuh warna warni dengan jatuh bangunnya perniagaan, pelbagai jenis perniagaan kami ceburi...Alhamdulillah nampak juga hasilnya...mampu memandu Toyota Unser baru...selepas 3 tahun memilik pula Honda Stream Special Edition baru kemudian mampu memiliki 4 buah rumah...Teres 1 Tingkat di Tg Minyak Melaka, Apartment 3 Bilik Kos Sederhana Jalan Simbang Tmn Perling, Teres 2 Tingkat Tmn Bunga Raya Kuala Kangsar dan terakhir Teres 2 Tingkat Taman Kemas Johor Bahru...dan barang kemas bernilai hampir RM40,000 semuanya dari hasil berniaga main2 & sikit2.
Sebenarnya ia memberikan saya satu INSPIRASI HIDUP...berniaga aje yang boleh buat kita senang & mudah memiliki apa saja didalam kemampuan kita...makan gaji kita sebenarnya membayar balik kos saraan harian kita sehari-hari...nak berlebih jauh sekali...memang begitu... istilahnya TAK MAMPU.
Tahun 2007 Allah SWT membuka ruang dan jalan kepada saya untuk frasa Kehidupan Kedua yang lebih indah & bermakna....kali ini ia benar2 serius dan hasilnya dapat saya lihat hari ini....kejayaan yang dikecapi tiada nilainya...bukan meletakkan harta benda sebagai kemuncak kejayaan tetapi nilai kehidupan saya lalui sangat besar harganya..bak kata mendiang Steve Jobs Apple..."Jika saya tidak berhenti bekerja Apple Inc mungkin tidak akan wujud".
bersambung....
3 years ago